Bahasa Arab

Kemahiran Al-Quran

Pelajar

Galeri Pendidikan

Sekitar Maulidur Rasul 2009


Kedatangan Ustaz Hj. Azmi


Bacaan Doa oleh Ustaz Rusli



 

 







 
 
 

Senarai Nama Pelajar

Senarai Pelajar Tingkatan 2 Diamond
                                                                                                                                           


Senarai Pelajar Tingkatan 3 Diamond




Anda boleh memuat turun senarai para pelajar dari setiap tingkatan pada link di bawah ini:
  1. Senarai nama pelajar tingkatan 1 Diamond
  2. Senarai nama pelajar tingkatan 2 Diamond
  3. Senarai nama pelajar tingkatan 3 Diamond

Aktiviti

Pelajaran Bahasa Arab Bonus



Anda boleh muat turun buku ini di bawah ini:

Pelajaran Bahasa Arab Bonus

PELAKSANAAN KELAS KHAS KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENGHAFAZ AL-QURAN

· Dilaksanakan di SMKA dan KAA seluruh negara. Pelaksanaan berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pelajaran (JPP) pada tahun 1985


· Melibatkan Peperiksaan Khas peringkat kebangsaan yang dijalankan semasa tingkatan tiga dan sijil akan dianugerahkan serta ditandatangani oleh Timbalan Pengarah Pendidikan (JAPIM) yang merupakan pengerusi jawatankuasa khas kepada pelajar yang lulus.


· Peperiksaan lisan dan objektif meliputi aspek tafsir, hafazan, tajwid, tarannum, ulum al-Quran qiraat al-sab’ie diberi markah dan markah dihantar ke KPM untuk diperiksa. Peperiksaan objektif dilaksanakan serentak seluruh negara.


· Berstatus kokurikulum berdasarkan pekeliling.

KP(BPPP)Sulit/03/9/JPP/M(87).Guru dan pelajar yang terlibat hendaklah dianggap telah mengambil kegiatan kokurikulum. Kehadiran dikira markah dalam kegiatan kokurikulum. Semua pelajar KAA diwajibkan mengambil kelas kemahiran Al-Quran.


· Guru yang mengajar kelas secara khusus tidak diberi jawatan berat seperti guru tingkatan dan seumpamanya agar guru boleh memberi tumpuan sepenuhnya pada kelas.


· Adalah menjadi tanggungjawab pentadbir menyusun jadual bagi membolehkan guru terbabit datang lewat kerana mereka terpaksa pulang lebih lewat berbanding guru lain.Pentadbir sekolah juga patut menambah BBM bagi memastikan kelas tersebut berjalan lancar.


· Jawatan guru al-Quran di dalam senarai perjawatan (B26) tahun 2002 berdasarkan MEMO dari Bahagian Sumber Manusia KPM KP(PP)0050/Jld.43(9) bertarikh 8 Mac 2002. Pertembungan dengan sukan, kelas tambahan hendaklah dielakkan agar pelajar tidak serba salah dan hilang minat.

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG Kelas Aliran Agama (KAA)

KAA di sekolah menengah harian diwujudkan atas desakan dan permintaan ibu bapa dan masyarakat kepada pendidikan yang disediakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). SMKA yang sedia ada tidak dapat menampung permintaan ibubapa berikutan pencapaian prestasi murid-murid dalam UPSR yang meningkat. Kementerian Pelajaran Malaysia pula tidak lagi bercadang untuk menambah bilangan SMKA maka keperluan kepada aliran seperti yang dilaksanakan di SMKA amat diperlukan dan diperluaskan di Sekolah Menengah Harian Biasa.

KAA di Sekolah Menengah Kebangsaan telah mula dijalankan secara rintis pada tahun 1987. Pada bulan Februari 1990 Pengarah Pendidikan Malaysia ketika itu telah meminta Pengarah-pengarah Pendidikan Negeri menubuhkan Aliran Agama di Sekolah Menengah Kebangsaan di negeri masing-masing. Dalam Mesyuarat Penyelarasan Hal-hal Profesional (PHP) ke 29 pada bulan Januari 1991 Kertas KAA telah dibincangkan.

Pada tahun 1992, Kelas Aliran Agama (KAA) telah diadakan di 130 buah sekolah iaitu 11 di Johor, 6 di Pahang, 13 di Kelantan, 26 di Terengganu, 10 di Sabah, 11 di Kedah, 4 di Pulau Pinang, 9 di Perak, 23 di Selangor, 5 di Wilayah Persekutuan, 6 di Melaka dan 6 di Negeri Sembilan. Sehingga kini KAA telah meningkat sebanyak 529 buah sekolah , 2,262 kelas dengan jumlah muridnya seramai 62,458 orang.